MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday, 21 February 2020

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

10/2/2020(ISNIN): Penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas ICT dan pembimbing rakan sebaya(PRS) bagi sesi 2020 sesi pagi dan petang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh barisan ahli jawatankuasa pengawas SKPTDLM.  Turut disampaikan juga watikah pelantikkan guru-guru pengawas sesi tahun 2020. Watikah tersebut disampaikan oleh guru besar untuk sesi pagi dan PK Petang untuk sesi petang.






Monday, 17 February 2020

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI TAHUN 2020

17/2/2020: Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM yang dirasmikan oleh Inspektor Nithiya A/P Karuppanan dari IPD Manjung. Turut hadir bersama Koperal Nor Azah Bt Ahmad dan Koperal Mohd Fadli Bin Mohd Nawi serta wakil PIBG en.Musa bin Omar.







Wednesday, 12 February 2020

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN TAHUN 6 SIRI 1/2020


 12/2/2020:Teknik menjawab soalan diadakan selama dua hari melibatkan semua murid tahun 6 yang dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 11 haribulan  melibatkan kelas 6 Zamrud dan tahun 6 Topez manakala pada 12 haribulan tahun 6 Delima, tahun 6 Nilam  dan tahun 6 Berlian.

Program TMS yang diadakan di auditorium Panglima Hitam TLDM Lumut bermula jam 7.25 pagi hingga 1.30 petang. Penceramah adalah terdiri daripada guru-guru SK Pangkalan TLDM iaitu cikgu Noni Hanizar (sains), cikgu Herda Yanti (Matematik), cikgu vani (Bahasa Inggeri) dan cikgu Suhaida(Bahasa Melayu).

Monday, 10 February 2020

Program Ziarah Cakna Sesi 2020

10/2/2020: Program Ziarah Cakna Peringkat SK Pangkalan TLDM Lumut Perak. Kementerian Pendidkan Malaysia amat menitik beratkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah.

Program ziarah cakna merupakan salah satu elemen baru yang diserapkan dalam sekolah penyayang yang memfokuskan kepada lawatan guru dengan kerjasama agensi dan komuniti ke rumah murid untuk bertemu ibu bapa. Melalui lawatan ini pihak sekolah dapat mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta mengurangkan risiko  keciciran murid.

Program pada pagi ini bertujuan untuk:-
-Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap maksimum
-Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid, terutamanya gejala ponteng
-Membugarkan kembali program di bawah HEM  melibatkan unit bimbingan dan kaunseling

YDP PIBG Leftenan Komander Nor  Azmi Bin Ibrahim membaca perutusan Timbalan Menteri Pendidikan dan seterusnya merasmikan program Ziarah Cakna  Peringkat SKPTLDM




 Pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang murid tahun1 Delima Mohammad Faris Bin Mohd Fauzhi yang patah tangan akibat terjatuh. Lawatan tersebut sempena program ziarah cakna. Turut hadir bersama ialah YDP PIBG Leftenan Komander Nor Azmi, Guru Besar En.Rohaizan Bin Mohamed Hanif Dan Barisan Penolong Kanan, cikgu Suffi  guru ICT dan cikgu Zuliadi guru bimbingan dan kaunseling.






Penyampaian sedikit sumbangan kepada bapa Mohamad Faris encik Fauzhi sebagai tanda keperihatinan pihak sekolah kepada  murid



Akhir kata, dengan perlancaran program ziarah cakna ini akan disusuli dengan aktiviti-aktiviti seterusnya dengan menyediakan bantuan sokongan, mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan sekolah dari masa ke semasa dan membina jaringan kerjasama bersama-sama ibubapa / penjaga yang mempunyai kemahiran dan kepakan yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah