30/4/2015 (Khamis): Ceramah kesihatan dan pemakan sihat disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitan Pejabat Kesihatan Manjung En. Mohd Nazir Bin Zakaria di kantin sekolah yang melibatkan semua pelajar tahap 2. Selain itu juga turut diadakan pameran dan kuiz kesihatan yang dikendalikan oleh 5 orang kakitangan pejabat kesihatan yang lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu guru, pelajar, pentadbir, pihak kantin dan pejabat kesihatan daerah Manjung yang menjayakan program ini.
INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Thursday, 30 April 2015
Wednesday, 29 April 2015
Program: Ceramah Kerjaya Dan Keselamatan Jalan Raya
29/4/2015(Rabu): Ceramah kerjaya dan keselamatan jalan raya diadakan sempena Minggu Kerjaya SKPTLDM 1 yang bermula pada 20/4/2015. Selain itu juga banyak lagi aktiviti yang disediakan seperti pertandingan mewarna, kuiz kerjaya dan sebagainya.
Ceramah hari ini disampaikan oleh Sarjan Yusri iaitu pegawai Penyiasat Trafik IPD Manjung dan turut dibantu oleh Sarjan Ismail dan Sarjan Hazizan. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau dapat dijadikan panduan kepada warga sekolah dalam aspek keselamatan diri.
Friday, 24 April 2015
PROGRAM KESIHATAN PERINGKAT SKPTLDM 1
PROGRAM KESIHATAN DAN PEMAKANAN SIHAT YANG DIANJURKAN OLEH BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPTLDM 1 AKAN DIADAKAN BERMULA PADA 27 APRIL 2015. PELBAGAI AKTIVITI YANG DISEDIAKAN KEPADA PELAJAR SEPERTI PERTANDINGAN MELUKIS, MEWARNA, KUIZ, LAUNGAN KAMI SIHAT DAN CERAMAH KESIHATAN.
Cikgu Norbi memberi penerangan tentang minggu kesihatan peringkat sekolah kepada pelajar semasa perhimpunan pagi
Pelajar 5 Zamrud menunjukkan demontrasi laungan kami sihat kepada pelajar lain sebagai panduan untuk mereka menyertainya
Subscribe to:
Posts (Atom)