Hari
kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara
yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini.
Khasnya generasi muda yang menjadi
tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati hari kemerdekaan. “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta” dipilih
sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit
Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama panitia-panitia yang lain
beserta pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2014.
Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan
bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga
guru-guru.
Objektif sambutan kali ini ialah menerapkan nilai-nilai murni
seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat
patriotik dan cintakan negara, melahirkan murid kreatif dan
inovatif dengan, dapat memupuk perpaduan kaum.
Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan
bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan
diadakan dan menghargai dan mengenang jasa pejuang
kemerdekaan Negara.
Sambutan bulan kemerdekaan peringat sekolah berjalan dengan lancar
mengikut perancangan yang telah dibuat. Iaitu
dari majlis persmian sehingga majlis penutupan
pada 22 september 2014. Perasmian sambutan bulan kemerdekaan dilancarkan
pada 18 ogos 2014 oleh guru besar en.Ramlan Bin Hussin.
Manakala majlis
penutupan diadakan pada 22 september 2014 yang dirasmikan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran iaitu puan Khatijah Binti Ali. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang bulan sambutan diterangkan oleh cikgu Norbi Bt Ayob iaitu guru
bimbingan dan kaunseling semasa majlis perasmian. Aktiviti tersebut melibatkan
semua pelajar dan guru-guru.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan melukis dan mewarna poster, pertandingan mural untuk guru, nyanyian lagu patriotik setiap pagi dan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik terbuka serta info merdeka yang ditampal di sudut patriotisme sebagai bahan bacaan pelajar.
Aktiviti pertandingan yang melibatkan pelajar diadakan pada waktu PdP matapelajaran sivik dan kenegaraan, kajian tempatan dan PSV dengan kawalan dan panduan yang diberikan oleh guru yang terlibat. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan pada majlis penutupan yang disampaikan oleh puan Khatijah semasa perhimunan mingguan sekolah.

Sepanjang aktiviti sambutan diadakan dari awal perasmian
sehingga majlis penutupan semua pelajar
dan guru memainkan peranan penting bagi menjayakan program sambutan. Apa yang
jelas dapat dilihat ialah setiap kelas dan bilik khas dihias dengan jalur
gemilang dan nyanyian lagu patriotik pada setiap pagi.
Mereka juga turut memberi
kerjasama yang baik dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
pertandingan yang diadakan dan lebih 80% pelajar telah menghantar lukisan yang diwarnai dan dilukis
kepada guru matapelajaran yang terlibat.
Program Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2014 berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada
semua warga sekolah serta objektif yang
telah digariskan dapat dicapai dengan baik.