26/4/2013: AKTIVITI bimbingan kerjaya: Pelajar tahun 5H menjalankankan aktiviti mendapatkan maklumat dan gambar yang berkaitan dengan jenis kerjaya di dalam surat khabar
INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021
Monday, 29 April 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI KERJAYA
29/4/2013: Penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan semasa perhimpunan pagi yang disampaikan oleh Puan Maziah. Pada minggu lepas diadakan beberapa pertandingan melukis poster, mewarna dan menulis karangan sempena minggu kerjaya yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Tahniah kepada semua pemenang tempat pertama hingga ketiga serta ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan sepanjang pertandingan diadakan.
CIKGU NORBI MEMPENGERUSIKAN MAJLIS
HADIAH KEPADA PEMENANG DISAMPAIKAN OLEH CIKGU MAZIAH
Thursday, 18 April 2013
Ketika Ambil Wuduk
Ketika Ambil Wuduk
niatkanlah dalam hati...
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku
ini".
... 2. Ketika
membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di
akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab
ku di
tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari
di
padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku
ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika
aku melintasi titian
Siratul Mustaqqim nanti".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku
pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta
ampunlah dosa2 aku".
Sunday, 14 April 2013
Lawatan Ke Bilik UBK SK TUDM Subang Selangor
14/4/2013: Lawatan ke unit bimbingan dan kaunseling SK TUDM diadakan sempena kunjungan beberapa orang pelajar dan guru ke sekolah tersebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan Kriket dan bola jaring. Di kesempatan ini peluang diambil dengan sebaik mungkin untuk melihat sendiri pengurusan dan pentadbiran UBK SK TUDM. Sepanjang lawatan saya telah di bawa oleh GBK iaitu puan hajah Nabihah untuk melihat beberapa sudut bimbingan dan kaunseling seperti sudut PPDa, kios PRS, sudut kerjaya dan lain-lain lagi. Selain itu juga saya turut melawat suasana dan pengurusan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok. Layanan yang baik oleh PK HEM dan Pn.Nabihah yang sentiasa senyum dan peramah diharap dapat diteruskan sampai bila-bila walau hanya sekejap sahaja pertemuannya. Dengan adanya lawatan seperti ini dapat juga saya bertukar dan berkongsi idea untuk bersama-sama membantu pelajar di sekolah dengan beberapa penambahbaikkan aktiviti/program yang sedia ada di sekolah. Setinggi ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamnya PK HEM dan GBK Hajah Nabihah atas sumbangan, layanan dan maklumat yang diberikan.
"SEMOGA BERJUMPA LAGI"
"SEMOGA BERJUMPA LAGI"
Bergambar bersama Pn.Nabihah dan PK Hem (tengah)
Ruang tamu UBK SK TUDM
Tempat penyimpanan fail
Bilik Sesi Kaunseling Individu (kanan) Dan Kelompok (kiri)
Sudut PPDa yang masih dalam pengemaskinian
Tapak permainan PPDa yang berada di depan bilik UBK
Sudut Dadah dan Rokok bersebelahan bilik UBK
Papan kenyataan dan hebahan dari UBK di sepanjang luar bangunan
Friday, 12 April 2013
VIDEO KEM MOTIVASI TAHUN 6 PADA 11/4/2013
AKTIVITI BERSAMA KEKAWAN
AYAH DAN IBU PELAJAR TAHUN 6
AKTIVITI ICE BREAKING
Thursday, 11 April 2013
KEM MOTIVASI TAHUN 6
11/4/2013: Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia dan hidayatnya kem motivasi tahun 6 dapat dijalankan dengan lancar pada hari ini di Pusat Kepimpinan TLDM, Lumut. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPTLDM dengan kerjasama Pusat Latihan TLDM bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator TLDM yang diketuai oleh En.Izani Pegawai Waran 1.
Program dimulai dengan para peserta membuat pendaftaran melalui "kakak navy" yang telah ditugaskan bahagian pendaftaran. Seterusnya peserta menjalankan aktiviti ice breaking, LDK dan diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pegawai Laksana Pusat Kepimpinan TLDM, En. Zaharuddin dan turut dihadiri oleh ibu bapa peserta pada jam 5.30 petang.
Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:

·
Menjadikan kem motivasi ini sebagai
batu loncatan kepada murid
Tahun 6 untuk memberikan
kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.
·
Memantapkan jasmani, emosi, rohani
dan intelektual supaya murid
dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.
·
Memastikan murid sentiasa berada
dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti
yang disediakan.
Diharap aktiviti yang dijalankan pada hari ini, peserta dapat manfaatkan sepenuhnya dalam pembelajaran harian mereka di sekolah sebagai dorongan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti.
pendaftaran peserta
Aktiviti Dalam Kumpulan
Ketua Fasilitator En Izani
Kehadiran ibubapa dalam slot keibubapaan da majlis penutup sangat baik
Monday, 8 April 2013
MAKLUMAN AWAL: SURAT MAKLUMAN KEPADA PENJAGA PESERTA KEM MOTIVASI TAHUN 6
_________________________________________________________________________
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN Ruj. Kami : SKPTLDM/L 01/35(13) PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Tarikh : 9 APRIL
2013
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada,
Ibu Bapa / Penjaga
Pelajar Tahun 6 SKPTLDM 9 APRIL 2013
Tuan/puan,
PERUBAHAN TARIKH KEM
MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6
SKPTLDM
2013
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan Dan
Kaunseling akan mengadakan Kem
Motivasi yang mewajibkan semua murid
tahun 6 menyertainya.
2. Berdasarkan
surat yang telah diedarkan sebelum ini yang bertarikh 4 April 2013 terdapat
sedikit perubahan yang dilakukan iaitu perubahan tarikh pada 10 April 2013 (Rabu) ditunda kepada 11
April 2013 (Khamis) dan slot keibubapaan yang akan diadakan jam 3.30 petang di ubah kepada 2.00 petang. Lain-lain
maklumat tiada perubahan.
3. Sehubungan
dengan itu kami sangat berharap ibubapa/penjaga peserta dapat menghadiri dan meluangkan masa bersama-sama dengan anak jagaan masing-masing semasa slot keibubapaan pada jam 2.00 petang. Disini
dimaklumkan juga pada masa yang sama Tengku Mahkota Kelantan akan bersama-sama
menyaksikan perjalanan kem motivasi tersebut
sempena lawatan baginda ke Pusat Kepimpinan TLDM
Kerjasama dan keprihatinan semua pihak
terutamanya ibu bapa/penjaga amatlah dihargai dan disanjung tinggi serta
didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
(EN.RAMLAN BIN
HUSSIN)
GURU BESAR.
*SURAT AKAN DIEDARKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PADA 9/4/2013
MOTIVASI TAHUN 6 SKPTLDM
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja hebat
dalam akademik tetapi juga hebat akhlak dan kelakuannya. Mencapai keputusan
cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadiaan cemerlang belum
cukup untuk membolehkan seseorang pelajar dianggap sebagai cemerlang. Kualiti
tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Dengan itu, Kem motivasi yang akan diadakan bertujuan untuk mendedahkan
bakal calon UPSR 2013 agar lebih bersemangat dan bermotivasi serta
membina jati diri yang kuat untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.
Objektif program motivasi yang akan diadakan ialah:-
1. Menjadikan kem motivasi ini sebagai
batu loncatan kepada murid
Tahun 6 untuk memberikan
kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.
2. Memantapkan jasmani, emosi, rohani
dan intelektual supaya murid
dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.
3. Memastikan murid sentiasa berada
dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti
yang disediakan.
Seramai 98 orang calon UPSR SPTLDM yang terlibat dimana program akan diadakan pada 10 April 2013(Rabu) bermula jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 5.30 pm bertempat di Pusat Kepimpinan TLDM
Kem Motivasi yang akan dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan
dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif. Ia dikendalikan sepenuhnya
oleh fasilitator Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) Lumut.
Satu slot khas akan diadakan yang melibatkan ibubapa dan pelajar bersama-sama melibatkan diri yang akan diadakan pada jam 2.00 petang. Dan harapan agar ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka sebagai dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Diharapkan dengan program kem
motivasi yang dijalankan calon UPSR SKPTLDM 2013 memperolehi manfaat dan lebih bermotivasi serta cenderung untuk lebih
bersedia menghadapi UPSR yang sebenar
nanti.
"Kemahiran
belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh
meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." -
(Gall &
Rakan-Rakan, Tools for Learning ).
Wednesday, 3 April 2013
Tuesday, 2 April 2013
TERKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
2/4/2013(SELASA): Aktiviti pada bulan April dimulakan dengan program teknik menjawab soalan UPSR tahun 6. Dimana ia diadakan selama 2 hari yang bermula pada hari ini dan berakhir pada hari rabu. Matapelajaran yang terlibat pada hari ini ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Penulisan. Aktiviti diadakan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.35 petang di dewan SKPTLDM.
Cikgu Salmiah (Matematik)
Cikgu Norbi (Bimbingan Dan Kaunseling)
Semua pelajar tahun 6 iaitu calon UPSR 2013 SKPTLDM terlibat dengan program teknik menjawab soalan UPSR
Cikgu Haris (Bahasa Melayu Penulisan)
Cikgu Azah (Bahasa Inggeris)
Pelajar menyiapkan aktiviti menjawab soalan yang disediakan oleh guru yang terlibat dengan program teknik menjawab soaloan UPSR
Monday, 1 April 2013
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6: KENAL DIRI BINA IDENTITI
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja hebat
dalam akademik tetapi juga hebat akhlak dan kelakuannya. Mencapai keputusan
cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadiaan cemerlang belum
cukup untuk membolehkan seseorang pelajar dianggap sebagai cemerlang. Kualiti
tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Dengan itu, Kem motivasi yang akan diadakan bertujuan untuk mendedahkan
bakal calon UPSR 2013 agar lebih bersemangat dan bermotivasi serta
membina jati diri yang kuat untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.
OBJEKTIF
·
Menjadikan kem motivasi ini sebagai
batu loncatan kepada murid
Tahun 6 untuk memberikan
kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.
·
Memantapkan jasmani, emosi, rohani
dan intelektual supaya murid
dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.
·
Memastikan murid sentiasa berada
dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti
yang disediakan.
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tahun 6 SKPTLDM seramai 98
orang.
PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh:
10 April 2013
Hari
: Rabu
Masa:
8.00 am – 5.00 pm
Tempat:
Pusat Kepimpinan TLDM
Kem Motivasi yang akan dijalankan meliputi aktiviti ceramah, latihan
dalam kumpulan dan penglibatan peserta secara aktif.
Diharapkan dengan program kem
motivasi yang dijalankan calon UPSR SKPTLDM 2013 memperolehi manfaat dan lebih bermotivasi serta cenderung untuk lebih
bersedia menghadapi UPSR yang sebenar
nanti.
"Kemahiran
belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh
meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." -
(Gall &
Rakan-Rakan, Tools for Learning ).
Disediakan
oleh,
AHMAD
ZULIADI BIN MUSTAFA
Subscribe to:
Posts (Atom)