MAKLUMAN TERKINI:AKTIVITI PERTANDINGAN OKT: HIASAN KASIH SAYANG BERSAMA KELUARGA | PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 | MELUKIS POSTER TAHAP 2.......PASTIKAN MURID2 CAKNA PADA TELEGRAM B&K UNTUK DAPATKAN INFO AKTIVITI YANG MENARIK SEPANJANG BULAN OKTOBER

INFO AKTIVITI B&K TAHUN 2021


AKTIVITI B&K BULAN OKTOBER

1. Intervensi Saringan Minda Sihat Tahun 5&6
2. Program Sambutan Bulan Kaunseling,
3. Ceramah Keibubapaan
4. Pertandingan Hiasan Kasih Sayang
5. Pertadingan Mewarna Dan Melukis Poster
6. Perlaksanaan Modul Minda Sihat Dan bimbingan kelas PDPR
7. Minda sihat:
- 1 Hari 1 Titik Positif Bersama Cikgu Norbi
- Cakna Diri Bersama Cikgu Zuliadi
8. Sebaran Info Terkini B&K
9.Program Sayangi Diri: Awal Remaja bersama LPPKN

Friday, 30 November 2012

Motivasi Diri: Amanat Bonda




AMANAT BONDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak murid cikgu yang disayangi…
Pada malam ini cikgu akan coretkan secebis kata-kata sebagai wakil dari ibu murid-murid semua…

Cikgu juga seorang ibu…
Cikgu juga melahirkan anak seperti ibu murid-murid juga..
Penat jerih semasa mengandungkan anak... hanya ibu sahaja yang tahu....
Murid-murid semua adalah seperti anak-anak cikgu juga....



DENGARLAH ANAK-ANAK IBU..
semenjak kecil ibu  besarkan anak –anak ibu dengan penuh kasih sayang….
semenjak kecil ibu manjakan dengan belaian gurauan yang indah…..
semenjak kecil ibu beri penghargaan kepada anak-anak  ibu umpama seorang raja…

Ketika  lapar...tangan ibulah yang menyuapkan makanan....
Ketika  haus...tangan ibu yang memberi minuman...
Ketika  menangis...tangan ibu yang mengesat air matamu....
Ketika gembira...tangan ibu yang menadah syukur....memeluk erat dengan deraian air mata bahagia...
Ketika mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran...
Ketika dilanda masalah...tangan ibulah yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.....

Namun suatu hari nanti...
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...adakah tangan dari anak ibu yang menyuapnya?....

Dengan tangan yang menggeletar.....adakah ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata....

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
Di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.


ANAK-ANAK IBU……
ketika anak-anak ibu putus  harapan….ibu tetap beri semangat
ketika sakit …ibu ubati
ketika bersedih...ibu sapu air matamu..
ketika kamu ketawa… ibu juga turut gembira
ketika ibu  berduka.......biarlah ibu sahaja yang merasa….

ANAK-ANAK IBU…
sesungguhnya besar pengorbanan Ibu......
sedangkan masa meniti alam remaja ibulah sahabat mu.....
ibu sayang anak-anak ibu ..

ANAK-ANAK IBU..
Setiap hari ibu bayangkan raut wajahmu....
penuh dengan kasih sayang…
Kadang-kadang ibu datang kepada anak-anak ibu…
Sayang.. maafkan ibu selama ini....
maafkan ibu jika tidak dapat memenuhi kehendakmu....
maafkan ibu jika sering memarahimu.....
maafkan ibu jika sering menyuruhmu....
itu semua ibu lakukan…kerana ibu sayang kamu.....

ANAK-ANAK IBU,
jadilah permata hidup ayah dan ibu...
Tunaikanlah amanah ayah dan ibu..
Ini semua untuk engkau berjaya....
Ingatlah anak-anak ibu..
Ayah dan ibu bukanlah orang kaya..
Ayahmu begitu penat bekerja....
Kadang-kadang.....Siang..malam...entah bila penatnya....entah bila sakitnya..

ANAK-ANAK IBU..
Janganlah di tanya.... penatkah ayah bekerja...
Penatkah ibu bekerja..... belajarlah anak-anakku...
Selagi hayat dikandung badan..               
Tenaga dan jiwa ayah  ibu korbankan...
Agar anak-anak ibu berjaya di masa hadapan...

Anak-anak ibu.....

Ibu tidak meminta apa daripadamu..
Walaupun ibu banyak berkorban untukmu selama ini...
Agar anak-anak ibu tidak kecewa di masa hadapan..

ANAK-ANAK IBU..
Peganglah kepada nasihat ibu....ibu tak pernah walaupun sekali menyuruh anak2 ibu melakukan keburukan...

Dengarlah anak-anak ibu...
Pernah ibu menyuruh mu untuk  nakal di sekolah..
Pernahkah ayahmu menyuruh anak-anaknya mengejek kawan-kawan..
Pernahkah ibu memaksamu supaya malas semasa belajar....
Tidak sekali-kali anak ibu.... ibu tidak menyuruh semua itu...
Tapi.....
Kenapa anak-anak ibu lakukan juga....kenapa anak-anak ibu.....!

Anak2 ibu yang disayangi...

Betapa kecewanya hati ibu ...
Betapa menyesalnya ibu di atas perbuatan anak ibu yang buruk....
Adakah ini salah ibu...
Adakah ini balasan  atas pengorbanan ibu...

Anak-anak ibu.....
Jangan bazirkan airmata ibu kerana kesalahanmu..
Jangan bazirkan keringat ayahmu kerana keburukkan mu....

Biarlah ibu simpan air mata ibu untuk kegembiraan atas kejayaanmu..
Biarlah keringat ayahmu di balas dengan kecemerlanganmu....

Anak-anak ibu..
Ibu tidak marah sekiranya anak2 ibu gagal
Ibu tidak menyesal jika anak2 ibu tidak cemerlang...
Sekiranya anak2 ibu sedaya upaya telah berusaha....
Itu adalah ujian dari tuhan......

Anak2 ibu yang disayangi...
Betapa gembiranya hati ibu pabila anak-anak ibu berjaya....
Betapa bertuahnya ibu mempunyai anak sepertimu..
Terharunya hati ibu bila anak ibu cemerlang dalam peperiksaan..

Tapi.....
Adakah kejayaan anak2 ibu nanti dapat kita kecapi bersama....

Ya Allah...
Panjangkanlah umurku.... untuk bersama-sama meraikan kejayaan anakku...


ANAK-ANAK YANG IBU SAYANGI,
Setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian...
Ingatlah kematian yang sentiasa  menjemput....
Ia datang tanpa menunggu waktu...
Entah esok..lusa....atau sebentar lagi....

Setiap masa..
Ibu bayangkan pada wajah anak-anak ibu  yang masih kecil..
Bagaimanakah sekiranya tuhan mengambil nyawa ayah dan ibu ketika anak-anak ibu masih belajar...
siapakah yang akan menyara mereka belajar..makan minum..jaga adik-adik....

ANAK-ANAK IBU..
Setiap hari ibu berdoa untuk anak-anak ibu
Walau  air mata berlinangan sepanjang waktu..
Ibu tak sanggup melihat anak-anak ibu gagal dalam hidup...

ANAK-ANAK IBU..
Sekiranya ibu pergi dahulu menghadap illahi...
Ibu harap...anak-anak ibu menjadi penawar ibu di alam sana nanti..
Segala ilmu yang anak-anak ibu pelajari...ibu harap untuk kebaikan.....
Apabila liang lahad menutupi jasad ibu....
Apabila malaikat datang mendampingi ibu..
Ibu harap..anak-anak ibulah doakan untuk ibu...
Semoga ibu bahagia di sana....

Wednesday, 21 November 2012

8 CARA RANGSANG OTAK KANAN ANAK-ANAK

Otak manusia merupakan tempat yang paling hebat untuk menyimpan maklumat. Oleh kerana itu, penerimaan atau pengetahuan awal bagi seseorang kanak-kanak selalunya menjadi perkara yang paling diingati dan sukar dikikis. Ahli psikologi neurologi kebanyakkan dapat membuktikan yang otak kanan berfungsi kepada pemikiran holistik, ilham dan juga proses memahami ruang. Ini bermakna otak kanan mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan kesenian.


GAMBAR TAHUN 6 SKPTLDM TAHUN 2012



SAHABAT SEJATI...

Di dalam kehidupan manusia, persahabatan memang merupakan sebuah hubungan yang paling indah dibandingkan dengan relationship yang lain. Mungkin anda juga punya pengalaman pernah atau sedang dalam hubungan dengan seseorang yang merupakan sahabat sejati anda yang selalu menemani anda dalam situasi apapun.

Berikut ini merupakan gambar  dan puisi dari  kami unit bimbingan dan kaunseling untuk tahun 6 skptldm 2012. Kita perlu sedar bahawa persahabatan itu sangatlah penting dalam kehidupan. Semoga sebuah persahabat yang terbina sebelum ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dan ia memberi inspirasi buat semua  untuk selalu menjalin hubungan baik walau dimana berada. Sentiasalah menghargai sebuah persahabatan.

TAHUN 6 HARMONI BERSAMA 
GURU KELAS PUAN NONI HANIZAR BT ZAINAL

TAHUN 6 KUALITI BERSAMA
 GURU KELAS PUAN RAZANA BT DASIMON


TAHUN 6 PINTAR BERSAMA 
GURU KELAS PUAN SALWA BT ABD WADUD




Sahabat Sejati

kian lama hidup yang ku jalani
selalu bersama mu sahabat ku
susah sedih senang yang ku rasakan
bersama mu sahabat ku

sahabat
begitu banyak kenangan yang kita lalui
ke mana  selalu kita  bersama
namun musnah dengan sekejap
telah di ragut oleh masa 

sahabat
kini kau telah pergi meninggalkan memori
meninggalkan semua kenangan kita
menyimpulkan sebuah jalinan yang bermakna


sahabat
meski kini kita tak bersama
meski kita telah berbeza arah
namun kita tetap satu dalam hati dan jiwa
kerana kau sahabat sejati

selamat tinggal sahabat
selamat jalan sahabat sejati
pahit manis bersamamu  sentisa di hati
selamanya ………

"KALIAN TETAP DIJENDELA KENANGAN"

Jangan lupa tulis komen kat bawah......
manalah tahu dapat hadiah misteri "pengomen terbaik'....:-)

Oleh:Ahmad Zuliadi bin Mustafa
Gbk...



Tuesday, 20 November 2012

Usaha Berbaloi


Ceria…Sebahagian pelajar yang mendapat keputusan 5A


SKPTLDM: 19/11/2012 (ISNIN)
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telah diumumkan hari ini dan semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. 
Penat lelah mengulangkaji mata pelajaran telah membuahkan hasil kepada 12 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR

Dengan keputusan yang diperolehi mereka boleh memilih untuk memohon kemasukkan ke asrama penuh, MRSM dan sebagainya mengikut kelayakkan dan syarat yang telah ditetapkan.

Dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, kami mengucapkan tahniah kepada pelajar yang  mendapat 5A, kepada pihak sekolah dan guru2 yang bertukus lumus membantu pelajar dan juga kepada ibubapa yang turut memberi dorongan dan sokongan selama ini. Bagi yang tidak berjaya dan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan semoga tingkatkan lagi usaha  untuk mencapai  keputusan yang cemerlang pada tahun akan datang kerana peluang masih ada.



Sunday, 18 November 2012

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.

Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau 1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.



SUMBER: http://khairulaznan.wordpress.com/2011/11/08/10-perkara-tentang-israel-yang-kita-tidak-tahu/

Wednesday, 14 November 2012

Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharam

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Tema Maal Hijrah 1 Muharram 1434 H (15 November 2012)

TEMA: 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Ulasan tema (Jakim): 1. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.

2. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.




Maksudnya:“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Thursday, 8 November 2012

ANUGERAH TOKOH PELAJAR SKPTLDM 2012

8/11/2012:Majlis Graduasi SKPTLDM telah memilih pelajar berikut untuk menerima Anugerah Tokoh Murid bagi pelajar SKPTLDM. Tahniah kepada pelajar tersebut semoga teruskan kecemerlangan.

TOKOH AKADEMIK DAN SAHSIAH
MUHAMMAD SHAFIQ SHAM BIN MOHD SHAM

NURUL IRDINAHUDA BINTI ISMAIL


TOKOH KO-KURIKULUM
NUR AIN NABILAH BINTI MOHD ZAID

TOKOH MURID BERPOTENSI DAN BERKOMITMEN
FARAH BATRISYIA BINTI MOHD KHAIRUL NIZAM

TOKOH NILAM
NURUL IRDINAHUDA BINTI ISMAIL

Friday, 2 November 2012

AKTIVITI AHLI PRS BERSAMA AHLI PBSM

2/11/2012 (JUMAAT): Ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) SKPTLDM telah mengadakan aktiviti bersama dib teluk Batik dan turut disertai oleh guru penasihat iaitu Cikgu Hashim, Cikgu Norbi, Cikgu Herda Yanti, Cikgu Zuhana, Cikgu Azyyati dan cikgu Zuliadi. Aktiviti diadakan pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan akhir tahun.

Sebelum jamuan diadakan ahli PRS dan PBSM mengadakan aktiviti atau permainan kreatif yang dikendalikan oleh guru-guru penasihat. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menguji tahap kesabaran, emosi, kreativiti, kerjasama dan penyelesaian masalah dikalangan ahli dan jelas ia sangat mencabar dan menyeronokkan

Seterusnya peserta menjamu selera bersama-sama guru penasihat dengan pelbagai hidangan yang disediakan. Kehadiran ahli-ahli PRS dan PBSM ke program akhir tahun ini dihantar sendiri oleh ibu bapa mereka dan keselamatan semua ahli adalah terkawal. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli PRS dan PBSM, guru penasihat, ibu bapa/penjaga dan juga pihak pentadbir sekolah dengan sokongan yang diberikan kerana program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM DIADAKAN:-

Thursday, 1 November 2012

Keputusan Pertandingan ukir buah tahun 6

1/11/2012: Berikut adalah keputusan pertandingan mengukir buah tahun 6 SKPTLDM. Johan akan dikira mengikut mata yang terkumpul mengikut keseluruhan aktiviti yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling seperti pertandinga tarian tradsional dan pertandingan futsal/bola jaring. Keputusan penuh dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 5/11/2012 (isnin).. Sekian terima kasih

PERTANDINGAN MENGUKIR DAN MENGHIAS BUAH

1/11/2012: Pelajar tahun 6 pada hari ini telah menyertai pertandingan mengukir buah tembikai yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberi sebiji buah tembikai untuk diukir mengikut kreativi kumpulan masing-masing. Manakala untuk hiasan mereka dibenarkan membawa apa-apa buah hiasan yang lain sebagai tambahan hiasan.

Semua kumpulan diberi masa selama 1jam setengah yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi untuk membuat ukiran pada buah tembikai masing-masing. Pemarkahan akan dinilai dalam 3 aspek iaitu Kreativiti 40%, Kebersihan 30% dan Kerjasama 30%.Dalam pertandingan tersebut ia dinilai oleh juri yang berpengalaman iaitu Puan Khatijah Bt Ali, En.Hashim Bin Jain dan Nadiah Bt Sharul Hayali.

Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mencungkil kreativi dan bakat pelajar, memupuk semangat kerjasama dikalang an ahli dan membentuk sikap positif semua pelajar. Sepanjang pertandingan diadakan ia turut dibantu oleh guru-guru yang terlibat dengan P&P tahun 6 dan mereka bekerjasama bagi memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar.

Pada akhir aktiviti semua ahli kumpulan dibenarkan merasa hasil kreativiti mereka bersama-sama.